Tuesday, 19 April 2011

Menyesalnya aku : entri 2006


Rasa menyesal plak rasanya aku. Tadi , aku sengaja cari entri blog blog yang di tulis dalam tahun 2006. Kononnya nak baca style blog masa tu.Aku teringat masa tahun tahun tu, walaupun aku jarang update blog, aku suka baca blog orang lain. 





Apa yang aku perasan banyak style penulisan blog pada masa tu panjang panjang. Kemudian blog masa tu jugak banyak bercerita keadaan di sekeliling tanpa perlu nak memikirkan SEO. Masa tu, pengiklanan ni tak la sehebat sekarang. Ada juga, macam adsense, tapi tak popular macam Nuffnang sekarang. 


Aku menyesal bukannya apa, masa tahun tu aku ada tulis blog juga. Tapi aku jarang jarang update. Lepas tu ada juga entri yang aku delete kononnya tak cool. Lagipun masa tu mana ada pembaca pun. 

Aku tulis sebab rasa hebat keluar kat internet...hahahaa.  Apa yang menyesalnya, kalau la aku rajin update, mesti aku boleh baca balik tulisan aku dan pasti banyak memori  . 

So, kalau aku mulakan tulis blog aku ni dengan mencatat apa yang berlaku dalam kehidupan aku dan aku juga  harap google tak bankrap, harapnya lagi 10 tahun aku dapat baca balik tulisan ni.  Cuma masaalahnya, blog ni bukan aku tulis untuk diri aku sahaja.

Kalau aku tulis untuk diri aku sendiri, baik aku private kan sahaja. Jadinya ada orang juga yang baca dan terbaca blog aku ni. Mestilah tak mau cerita peribadi terlalu peribadi sangat kan. 

Bila buat blog untuk dibaca orang lain juga, kepuasan diri sendiri tak ada. Kadang kadang bila aku tulis entri tentang rasa tak puas hati, bila aku dah publish rasa menyesal pun ada. Takut juga ada orang terasa dengan penulisan dalam blog aku ni.

gambar header blog gua 2006


5 comments:

  1. dilema begitu selalu IM hadapi.

    kalau berumah di tepi pantai, mesti sanggup dipukul badai..

    ReplyDelete
  2. aku baru je delete entry semalam sbb takut orang judge aku, padahal itu blog aku tu hahaha..

    ReplyDelete
  3. IM: kalau suka nak buat rumah tepi pantai...kena la bersedia kena ribut dari laut

    ReplyDelete
  4. pizli: tu la..dalam di lemma kena fikir apa yang org baca jugak

    ReplyDelete
  5. tulis jer asalkan penulisan kita tidak bikin org lain marah dan kita di saman juta2..hehe..

    ReplyDelete