Thursday, 28 May 2020

Katil Pun Handmade

Baru baru ni stor rumah aku diserang anai anai. 

Ada yang dah naik ke dinding dari bilik stor dah mula merebak ke bilik bilik lain.Semuanya dah selesai dah dibagi racun.

Syukur alhamdulillah,katil kami selamat dari dimakan anai anai sebab katil handmade ni diperbuat dari besi.Hasil kerja tangan kimpalan abang Ipar sendiri.

Kesemua katil di bilik rumah yang kami jadikan homestay ni adalah handmade tau.Ada 4 buah semuanya.

Kos pun sangat sangat berbaloi berbanding katil yang dibeli di tempat lain.

Tuesday, 26 May 2020

Cerita Pasal Suami Memasak

Suami akak makan tau la.Masak haram!.
Rungutan kawan sekerja di whatsapp grup rakan sekerja topik laki masak.Puncanya aku up pasal masakan di FB la tu.

Aku senyum je.

Cuma aku nak je balas wasap tu,akak tak payahlah nak harap suami akak perlu nak jadi macam suami orang lain.

Suami akak kebolehannya berbeza. Pandai dan minatnya tang lain.Sosial nya bagus. 

Makanan yang akak masak tawar ka, kari ayam caiyak pun dia relak je bertambah 3 pinggan..

Takda dia nak komplen.Tak ada la dia nak tanya kenapa, kenapa ,kenapa.

Cuba bayangkan laki akak tahu masak ?rasa masakan akak masak pun dia tau benda apa yang ada dan tak ada.Susah kan?.Komplen pulak nanti 

Syukur la kak.Apa yang penting akak senang kan?.