Monday, 27 April 2020

Pengalaman diet satu ketika dulu


Berat badan dah naik sejak 2-3 tahun ni. Lagi la duduk kat rumah waktu PKP ni kerjanya apa sangat pun. Banyak makan dari aktiviti keluarkan peluh,

Ingat nak berdiet balik , benda ni dah banyak kali aku rancang tapi tak pernah jadi. Satu ketika dulu aku pernah berjaya diet tau. Masa di Sarawak dulu berat aku naik mendadak pernah sampai ke 75 kg dan perut pula ke depan.Ya masa  ni aku dapat balik berat ni huhu.

Aku diet masa tu guna produk herbalife. Produk bukan biashe biashe. Lebih RM4000 juga duit aku guna kerana nak jadi supervisor dengan cari beli produk banyak banyak terus. Kononnya nak cari duit tepi lah tu.

Kombinasi tea mix,aloevera dengan shake dia aku ambil hari hari,Bulan puasa pun aku steady je dengan wife makan shake waktu berbuka. Power betul masa tu semangatnya.
Sebelum diet montel je

Akhirnya setelah konsisten hampir 3 bulan makan benda tu je berat aku dapat diturunkan kepada 64 kilogram dari 75Kg. Maka ramai la awek awek yang menolak cinta aku dulu merayu untuk menerima mereka. Tapi aku katakan pada mereka aku dah kahwin dan setia (Ini tipu..kah kah)

Selepas diet kacak betul
                                                                            


Kisah dari Simpang

Selepas keluar dari rumah aku ada satu simpang ke jalan besar yang tak ada lampu trafik..Masa aku menulis ini simpang ni dah tak boleh keluar sebab dah ditutup terus nak keluar kena uturn. Ukay Perdana dah jadi susur masuk keluar Highway EKVE.

Baik , berbalik kepada cerita tadi. Kenderaan banyak menggunakan jalan Ukay Perdana ni terutamanya dari arah kanan.Adakalanya nak keluar dari simpang tu kereta dari arah kanan jalan tak bagi signal pun nak masuk ke kiri ramai juga yang dah kona baring baru nak bagi isyarat..


Aku selalu mengeluh dan marah.."apalah nak bagi signal pun susah ke?" aku merungut dalam hati..kalau bagi signal awal senang aku nak melintas sebab kat belakang ada banyak kereta lagi...
Hari ini, aku balik dari pasar melalui jalan itu..Semasa naik kemudian membelok ke susur jln rumah aku, aku terlupa menyalakan lampu signal kerana asyik berkhayal...Ada seorang tua menaiki motosikal sedang menunggu di simpang menunggu kereta aku.Kelihatan dia kecewa kerana aku rupa rupanya membelok.
Aku tersedar mungkin orang tua itu kecewa seperti aku kecewa dengan pemandu pemandu lain.Sebenarnya aku tidak sengaja sebab terlupa kerana kebiasaanya aku akan beri signal dari jauh lagi untuk memudahkan orang melintas.
Mungkin juga pemandu yang selalu aku marah dalam hati itu pun terlupa seperti aku juga.

Aku terlalu cepat menghukum dan bersalah sangka..

Moral Ceritanya
Jangan kita Bersalah Sangka dengan orang.

Saturday, 18 April 2020

Kisah Tak Ada Air di Hari PKP

Jam 1.30 pagi terjaga sebab terdengar bunyi bising. Jenguk dari tingkap teruja aku sebab ada lori Air Selangor. Ramai pulak dah manusia jiran jiran tetangga aku yang sedang beratur dengan bekas dan timba masing masing.

Pantas aku bertindak.Turun beratur dengan 2 buah baldi. Tak dilupa telefon jiran sebelah bagitau lori air dah sampai sebagai jiran yang prihatin.Dua timba air aku bawak naik masukkan dalam bekas di rumah. Kemudian turun lagi bawak timba yang sama..Mengah jugak.Lama tak buat kerja berat macam ni.
Semasa naik kali kedua  , jiran yang aku telefon tadi menegur aku di muka pintu rumah dia.

" bang air paip dah ada cuba tengok".

Oh yeke.Takpelah abang saja je angkut air ni sambil exercise dah lama dok saja masa pkp ni"😆- (bukan dialog sebenar). Ceh patut lah masa aku turun kali kedua tadi dia tak turun bergegas sama. Salah aku jugak tak check dulu air kat paip.Buat penat sajalah ni.