Berat badan dah naik sejak 2-3 tahun ni. Lagi la duduk kat rumah waktu PKP ni kerjanya apa sangat pun. Banyak makan dari aktiviti keluarkan peluh,
Ingat nak berdiet balik , benda ni dah banyak kali aku rancang tapi tak pernah jadi. Satu ketika dulu aku pernah berjaya diet tau. Masa di Sarawak dulu berat aku naik mendadak pernah sampai ke 75 kg dan perut pula ke depan.Ya masa ni aku dapat balik berat ni huhu.
Aku diet masa tu guna produk herbalife. Produk bukan biashe biashe. Lebih RM4000 juga duit aku guna kerana nak jadi supervisor dengan cari beli produk banyak banyak terus. Kononnya nak cari duit tepi lah tu.
Kombinasi tea mix,aloevera dengan shake dia aku ambil hari hari,Bulan puasa pun aku steady je dengan wife makan shake waktu berbuka. Power betul masa tu semangatnya.
![]() |
| Sebelum diet montel je |
Akhirnya setelah konsisten hampir 3 bulan makan benda tu je berat aku dapat diturunkan kepada 64 kilogram dari 75Kg. Maka ramai la awek awek yang menolak cinta aku dulu merayu untuk menerima mereka. Tapi aku katakan pada mereka aku dah kahwin dan setia (Ini tipu..kah kah)
![]() |
| Selepas diet kacak betul |


No comments:
Post a Comment