Thursday, 28 May 2020

Katil Pun Handmade

Baru baru ni stor rumah aku diserang anai anai. 

Ada yang dah naik ke dinding dari bilik stor dah mula merebak ke bilik bilik lain.Semuanya dah selesai dah dibagi racun.

Syukur alhamdulillah,katil kami selamat dari dimakan anai anai sebab katil handmade ni diperbuat dari besi.Hasil kerja tangan kimpalan abang Ipar sendiri.

Kesemua katil di bilik rumah yang kami jadikan homestay ni adalah handmade tau.Ada 4 buah semuanya.

Kos pun sangat sangat berbaloi berbanding katil yang dibeli di tempat lain.

No comments:

Post a Comment