Aku ada pengalaman yang buruk dengan jiran semasa mula mula berpindah.Masa tu aku beli apartment ni tahun 2011.
Aku duduk di tingkat 1, jiran aku ni duduk di bawah rumah aku.Jiran aku ni buka bengkel ketuk kereta kecil kecilan di petak parking kereta. Kau bayangkan lah macam mana keadaannya petak parking rumah apartment kan?.Tak ada lah sapa berani nak parking kat sebelah payung dia tu.Dia ambil satu -dua petak parking dan letak payung meniaga kat situ. Bila buat kerja ketuk ni mesti la libatkan bunyi grinder dan ketuk mengetuk. Ini yang aku tak tahan. Sakit telinga dibuatnya.
Ini tak termasuk barang barang bengkel dan terutamanya pintu kereta. Dia ni macam buat bisnes ganti pintu kereta la kot. Bersusun la benda benda ni di tepi rumah dan jadi tempat pembiakan nyamuk.
Isteri aku masa tu masih bekerja shif. Apabila balik kerja malam dah tentu tidurnya siang.Isteri aku merungut tak boleh tidur siang. Sebab bunyi kerja dia ni sangat bingit dan merimaskan.
Bila dah tak tahan kami tulis surat layang. Aku siap tulis dengan no telefon .Dia membalas mesej aku dengan baik. Seminggu je bertahan. Lepas tu datang bunyi bising semula.
Akhirnya akibat dah tak tahan selepas hampir sebulan tinggal di situ tindakan drastik dibuat.Tindakan pertama membuat aduan ke JMB pangsapuri. Malangnya tak ada tindakan pun dibuat JMB.
Seterusnya aku buat report MPAJ . Selepas beberapa hari tindakan diambil MPAJ.MPAJ datang saman. Lepas tu aku tengok dia mula kemaskan barang barang dia. Dan satu hari tu aku ternampak kereta jiran aku ni ada di satu bengkel di tepi MRR2 tak jauh dari rumah dan nampak pintu pintu kereta yang banyak kat rumah dia tu pun ada kat situ.Mungkin kedai dia lah tu.

No comments:
Post a Comment