Sebelum mak meninggalkan kami selamanya febuari 2016 kira kira 4 tahun sudah arwah mak mengaji pondok di Jeram Kuala Selangor. Tinggal bersendirian dalam kawasan taman yang dihuni oleh rakan rakan sepengajian.
Keputusan mak pada awalnya untuk tinggal bersama abang kandung arwah Pak Andak mengaji pondok dipersetujui anak anak dengan berat hati.
Keputusan mak pada awalnya untuk tinggal bersama abang kandung arwah Pak Andak mengaji pondok dipersetujui anak anak dengan berat hati.
Namun mak yang tetap dengan keputusan itu menyebabkan kami adik beradik terpaksa akur. Jika dihitung masa sejak 2009 , 7 tahun mak belajar di pondok.
Gigih sungguh mak menadah kitab dengan keupayaan fizikal serta kesihatan yang selalu merosot.
Selepas solat subuh berjemaah di masjid yang hanya beberapa meter daripada rumah, mak pulang sekejap untuk bersarapan. Kemudian keluar semula pada jam 9 pagi untuk kelas pertama sebelum pulang pada jam 11 pagi.
Waktu tengahari selepas zohor hingga asar mak hanya berehat di rumah. Tiada kelas pengajian diadakan.Waktu malam selepas solat maghrib pengajian kitab bersambung.
Banyak juga kitab kitab mak aku lihat di biliknya.Tebal tebal pulak tu.Tak sempat nak ambil gambarnya,
“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.” (Riwayat Muslim)


No comments:
Post a Comment